AM

KOTAK, IFAN SEVENTEEN, ELLO TEMUI PEMINAT DI KUALA LUMPUR 24 OGOS INI

01/07/2024 08:45 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Peminat muzik negara seberang di Malaysia berpeluang menyaksikan persembahan mantap beberapa artis dari negara tersebut, iaitu Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe, yang bakal tampil pada Indonesian Music Festival, 24 Ogos depan. 

Penganjur konsert UnUsUaL Entertainment dalam satu kenyataan hari ini, berkata konsert akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula 7 malam.

“Kotak merupakan sebuah kumpulan muzik rock Indonesia yang ditubuhkan pada 27 Sept 2004. Kumpulan ini popular dengan lagu Pelan-Pelan Saja, Masih Cinta, Tendangan Dari Langit dan Aku Yang Tersakiti, selain pernah memenangi Anugerah Muzik Indonesia ke-12 untuk Kategori Solo/Duo/Kumpulan Rock Terbaik,” demikian menurut kenyataan itu.

Ifan Seventeen pula popular dengan lagu seperti Cinta Jangan Disembunyikan, Akujira, Menunggu Kamu, Jaga Selalu Hatimu, Sumpah Ku Mencintaimu dan Hal Terindah. 

Marcello Tahitoe atau dikenali sebagai Ello, adalah vokalis baharu kumpulan Dewa 19, dan popular dengan lagu Gak Kayak Mantanmu, Kisah Kita T'lah Usai, Benci Tapi Rindu, Takkan Ada Aku Lagi dan Sorry Abis.

Peminat boleh menempah tiket yang dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4) bermula hari ini dan mendapatkan maklumat lanjut di media sosial penganjur. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan