AM

SHOPEE PERKUKUH KEDUDUKAN SEBAGAI PUSAT FESYEN MUSLIMAH, TAWAR PELBAGAI FESYEN UNTUK SEMUA SAIZ

04/07/2024 06:32 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee terus mengukuhkan kedudukan sebagai pusat fesyen Muslimah.

Kajian Gaya Lagi Lit Fesyen Inklusif Shopee menunjukkan sembilan daripada 10 penjual fesyen di platformnya kini menawarkan pakaian mesra Muslimah untuk semua saiz di platform itu, dengan 80 peratus responden melaporkan peningkatan minat pelanggan terhadap pilihan pakaian sopan, bergaya dan inklusif.

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia Ming Kit Tan berkata mereka juga aktif memacu gerakan fesyen Muslimah yang inklusif selepas melihat perubahan ke arah kategori tersebut. 

"Ini dapat disaksikan apabila 70 peratus penjual telah merangkumkan pelbagai saiz dan model. Shopee memperkasa penjual untuk memenuhi permintaan terhadap pelbagai jenis bentuk badan bagi mewujudkan pengalaman membeli-belah yang benar-benar mewakili seluruh rakyat Malaysia," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Selain itu, kajian itu turut mendapati 70 peratus penjual mengutamakan maklum balas pelanggan dan maklumat pesanan bagi mendapatkan inspirasi supaya tawaran produk seiring dengan keperluan pelanggan yang berubah.

Sementara itu, sebanyak 30 peratus penjual pula menggunakan sumber luar seperti analisis rakan sebaya, trend media sosial, blog fesyen dan pempengaruh tempatan sebagai inspirasi.

Menurut kenyataan itu, kualiti dan kepelbagaian adalah keutamaan pelanggan dengan 80 peratus responden menyatakan tawaran produk berkualiti tinggi dalam pelbagai warna dan saiz pada harga yang berpatutan ialah pendorong utama menarik perhatian pelanggan. 

Sementara itu, satu daripada jenama terlibat, Zoe Arissa, memaklumkan mereka menggunakan ulasan pelanggan untuk menambah baik perkhidmatan.

Pengasasnya, Esther berkata pihaknya memanfaatkan Shopee Live untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelanggan secara langsung. 

"Sebagai jenama fesyen tempatan, kami juga mereka pelbagai gaya mesra Muslimah untuk memastikan produk kami menepati cita rasa rakyat Malaysia," katanya. 

Pengasas bersama jenama fesyen ZUCCA yang dikenali sebagai Nurul Syamira pula berkata mereka komited memastikan harga produk yang mampu milik supaya semua pelanggan dapat menikmati fesyen sopan yang berkualiti tinggi tanpa mengorbankan gaya atau bajet. 

-- BERNAMA 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan