EKONOMI

SHOPEE PENUHI KEPERLUAN FESYEN MUSLIMAH SECARA INKLUSIF

05/07/2024 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee memenuhi keperluan wanita dalam mencari pakaian Muslimah yang inklusif sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pusat fesyen Muslimah. 

Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit oleh Shopee mendapati 98 peratus responden menyatakan keyakinan bahawa platform itu dapat memenuhi keperluan mereka, dengan 74 peratus mengesahkan pakaian Muslimah yang inklusif untuk semua saiz, umur, dan jenis bentuk badan sebagai keutamaan. 

Ketua Pemasaran dan Perisikan Perniagaan Shopee Malaysia Ming Kit Tan berkata pihaknya komited menyediakan rangkaian pakaian yang lebih luas dan meraikan semua jenis bentuk badan.

"Shopee memahami keinginan wanita Malaysia dalam fesyen Muslimah yang mencerminkan gaya unik mereka dan memperkasakan keyakinan mengekspresikan diri. 

"Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit kami mengukuhkan keperluan ini dengan 99 peratus responden menekankan kepentingan pilihan untuk pelbagai saiz dan gaya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Ia turut dibuktikan dengan pelancaran koleksi 7.7#ShopeeHaul Gaya Lagi Lit yang menampilkan tiga gaya berbeza iaitu “Warna Lit Lit” untuk mereka yang berani tampil dengan gaya unik, “Every Body Cantik” yang meraikan pelbagai jenis bentuk badan dan “Girl Boss” untuk wanita yang kuat, berdikari dan bercita-cita tinggi. 

Selain itu, kajian itu juga mendapati 16 peratus responden mencari pakaian sopan yang sesuai untuk semua aktiviti, menunjukkan keperluan untuk pakaian versatil sesuai dengan gaya hidup. 

Sebanyak 10 peratus responden pula mementingkan penggunaan bahan lestari dan pakaian bersesuaian dengan keperluan khas, menunjukkan keperluan serta permintaan yang sentiasa berkembang dan berubah-ubah dalam landskap fesyen Muslimah.

Menurut kajian itu pengguna wanita juga menonton “Shopee Live’ bag” mendapatkan inspirasi dan petua untuk bergaya, dengan 86 peratus responden konsisten berinteraksi dengan penjual bagi tujuan itu. 

Kajian itu juga menemukan sokongan komuniti yang kuat terhadap perniagaan fesyen Muslimah tempatan apabila 97 peratus responden menganggap sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengutamakan kepelbagaian dalam rekaan sebagai sangat penting. 

Ini sekali gus memperkasakan perniagaan dan mengukuhkan industri fesyen serta ekonomi tempatan. 

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan