PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

04/07/2024 07:04 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata beliau menjangkakan FBM KLCI akan mempertahankan paras 1,600 mata memandangkan konsolidasi sederhana yang berlaku dalam keadaan ketiadaan petunjuk baharu.

“Paras rintangan segera dikesan pada 1,630. Dari segi penurunan, paras sokongan kekal ditambat pada 1,580,” katanya kepada Bernama.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 dan Ogos 2024 masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,624.5 dan 1,627.0 manakala September 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 4.0 mata kepada 1,611.0 dan 1,618.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 8,264 lot daripada 8.381 pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50,015 kontrak daripada 50,513 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.43 mata kepada 1,616.75 berbanding 1,615.32 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan