PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

04/07/2024 11:18 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,368.70 setiap auns troy daripada US$2,350.00 setiap auns troy pada Rabu manakala Ogos 2024 naik kepada US$2,384.70 setiap auns troy daripada US$2,366.00 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2024 semuanya meningkat kepada US$2,384.70 setiap auns troy berbanding US$2,366.00 setiap auns troy sebelumnya. 

Jumlah dagangan menyusut kepada tiga lot daripada 25 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada sembilan kontrak daripada 40 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 3 Julai, harga emas fizikal berada pada US$2,361.35 setiap auns troy.

-- BERNAMA  

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan