PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

07/09/2024 01:41 AM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran luar yang lemah dan jangkaan peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,800 satu tan dan paras rintangan pada RM4,000," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 susut RM41 kepada RM3,980 satu tan, Oktober 2024 turun RM18 kepada RM3,935 satu tan, November 2024 merosot RM19 kepada RM3,898 satu tan.

Kontrak Disember 2024 turun RM17 kepada RM3,874 satu tan, Januari 2025 susut RM16 kepada RM3,861 satu tan dan Februari 2025  merosot RM13 kepada RM3,858 satu tan. 

Jumlah dagangan naik kepada 59,641 lot daripada 54,096 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 232,403 kontrak daripada 232,124 kontrak sebelum itu.  

Harga MSM fizikal bagi September Selatan turun RM20 kepada RM4,030 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan