PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI SUSULAN PENURUNAN KADAR FAEDAH AS

19/09/2024 08:36 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup tinggi pada Khamis susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), kata penganalisis. 

Emas dinilai dalam dolar AS di seluruh dunia dan apabila kadar faedah dikurangkan, dolar menjadi lemah dan seterusnya menjadikan emas lebih murah dalam mata wang lain serta meningkatkan permintaan.

 Fed AS menurunkan kadar dana persekutuan sebanyak 50 mata asas, daripada 5.25-5.5 peratus kepada 4.75-5.00 peratus pada Rabu, kali pertama sejak 2020.

Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia menyaksikan kontrak September 2024 meningkat kepada US$2,597.60 setiap auns troy, daripada US$2,576.60 setiap auns troy pada Rabu.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025, dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,610.40 setiap auns troy daripada US$2,589.40 setiap auns troy sebelumnya.  

Jumlah dagangan susut kepada 32 lot daripada 36 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 64 kontrak daripada 103 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$2,570.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 18 Sept, 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan