PASARAN > BERITA

JANGKAAN BEKALAN TERHAD PACU NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI

19/09/2024 09:14 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh kebimbangan pengeluaran komoditi yang rendah dan berkemungkinan menjejaskan bekalan komoditi itu, kata peniaga.

Berikutan itu, peniaga minyak sawit David Ng memberitahu Bernama paras sokongan dijangka pada RM3,800 satu tan manakala paras rintangan pada RM3,950.

Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak Oktober 2024 naik RM31 kepada RM3,948; November 2024 menokok RM33 kepada RM3,904 manakala Disember 2024 meraih RM31 kepada RM3,876 satu tan.

Kontrak Januari 2025 pula meningkat RM34 kepada RM3,855, Februari 2025 menambah RM26 kepada RM3,833 dan Mac 2025 meraih RM16 kepada RM3,810.

Jumlah dagangan melonjak kepada 148,413 lot daripada 82,747 lot manakala kepentingan terbuka menokok kepada 262,270 kontrak daripada 251,511 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan meraih RM20 kepada RM4,020 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan