SUKAN > BERITA

ANGKASA GANDAKAN USAHA CUNGKIL BAKAT BARU SUKAN PETANQUE

14/09/2024 12:08 PM

KOTA BHARU, 14 Sept (Bernama) -- Kejohanan Petanque Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dianjurkan untuk mencungkil bakat baharu mewakili negara pada temasya sukan lebih berprestij dalam dan luar negara.

Timbalan Presiden Angkasa Dr Mohd Azlan Yahya berkata kejohanan tradisi tahunan itu telah melahirkan ramai atlet daripada ahli Angkasa mewakili negeri dan negara dalam sukan berkenaan di peringkat lebih tinggi.

“Kejohanan ini sudah memasuki 34 tahun penganjurannya dan ia menjadi antara platform bakat baharu peserta termasuk koperasi belia dan sekolah.

“Ada dalam kalangan peserta sebelum ini sudah bertanding di peringkat Sukan SEA, malah ada yang menjadi juara pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makanan Malam Sempena Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Mohd Azlan berkata kejohanan berlangsung di Gelanggang Petanque, Tunjong dari 13 hingga 15 Sept disertai 300 peserta terdiri daripada ahli koperasi di seluruh negara.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan