WILAYAH - TIMUR > BERITA

BAYI PEREMPUAN BAHARU LAHIR DITEMUKAN DI RUANG SOLAT MASJID DI LIPIS

18/06/2024 05:34 PM

KUANTAN, 18 Jun (Bernama) -- Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baharu lahir ditinggalkan dalam ruangan solat wanita di Masjid Kampung Lubuk Kulit, Lipis, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata polis menerima laporan penemuan bayi yang masih bertali pusat dan diselimuti telekung serta diletakkan di atas sejadah itu pada kira-kira 5.30 pagi.

“Bayi tersebut kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan dan rawatan lanjut. Ibu bapa bayi tersebut masih dikesan polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Lipis di talian 09-3121999.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan