WILAYAH - TIMUR > BERITA

LELAKI MAUT, LORI DIPANDU TERJUNAM DALAM JALAN MENDAP

20/06/2024 03:15 PM

KUANTAN, 20 Jun (Bernama) -- Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terjunam masuk ke lubang jalan yang mendap di KM73 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Jambatan Bailey, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kemalangan sekitar 8.55 malam itu mengakibatkan Muhammad Farhan Dagang, 29, yang beralamat di Masai, Johor meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Muhammad Farhan yang memandu lori dari arah Segamat menghala Pekan dipercayai telah hilang kawalan dan terlanggar penghadang plastik sebelum termasuk ke dalam jalan mendap itu.

“Mangsa juga dipercayai tidak perasan kawasan itu mempunyai lencongan jambatan sementara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, jambatan itu dipasang bagi menghubungkan jalan yang terputus akibat mendapan tanah susulan banjir. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan