WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SARAWAK PERUNTUK RM200 JUTA BAIK PULIH SEKOLAH, KLINIK DAIF 

22/06/2024 10:37 PM

KUCHING, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM200 juta bagi membangunkan semula sekolah dan klinik daif di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata jumlah itu diperuntukkan sebagai inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi projek Persekutuan di negeri ini.

“Sarawak telah sedia peruntukan RM100 juta bagi kerja baik pulih sekolah daif dan RM100 juta lagi untuk klinik daif, ia akan dilaksanakan dalam masa 18 bulan.

“Melalui inisiatif (pembiayaan terlebih dahulu) ini, kita boleh mempercepatkan pelaksanaan projek. Sarawak boleh mendahulukan peruntukan dan kemudian kerajaan Persekutuan akan bayar (semula),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin negeri Sarawak yang lain.

Pada 30 Mac lepas, Anwar mengumumkan Sarawak menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek Persekutuan di negeri itu bagi mempercepatkan pelaksanaannya.

Menurut Anwar kerjasama berkenaan yang bakal melakar sejarah akan bermula dengan pelaksanaan projek Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan