WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PEMBENIHAN AWAN FASA KEDUA DI KELANTAN DIJANGKA AWAL JULAI INI - KADA

28/06/2024 03:00 PM

KOTA BHARU, 28 Jun (Bernama) -- Operasi Pembenihan Awan (OPA) fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini bagi memastikan hujan yang lebih konsisten di Kelantan.

Pengerusi KADA Muhammad Husain berkata perkara itu diputuskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu mesyuarat pada 24 Jun lepas.

Beliau berkata OPA fasa kedua akan dilaksanakan di kawasan tadahan hulu sungai Kelantan seperti yang telah berjaya dilakukan pada  21 hingga 23 Jun lepas.

“Saya difahamkan OPA sebelum ini berjaya menghasilkan 10 hingga 20 milimiter hujan pada hari pertama, namun paras air sungai Kelantan kekal pada paras minimum yang (memadai) untuk membolehkan rumah pam Kemubu KADA beroperasi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad berkata bagi memastikan hujan yang lebih konsisten KPKM telah memohon pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Meteorologi melaksanakan operasi fasa dua awal Julai ini mengikut kesesuaian cuaca.

Pada 19 Jun lepas, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan OPA di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan