WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SEORANG MAUT, 10 HILANG HUJAN LEBAT LANDA NOTO, JEPUN

22/09/2024 01:27 PM

TOKYO, 22 Sept (Bernama-Kyodo) -- Seorang maut dan 10 masih hilang selepas hujan lebat melanda Noto, Jepun,  menurut pihak berkuasa tempatan.

Hujan melebihi 120 milimeter (mm) sejam direkodkan di Wajima, wilayah Ishikawa, Noto pada pagi Sabtu, menurut agensi cuaca.

Seorang terbunuh di Suzu selepas tanah runtuh memusnahkan sebuah rumah, manakala tiga lagi dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Tiga pekerja di tapak pembinaan terowong di Wajima tidak dapat dikesan selepas insiden tanah runtuh.

Terowong itu sebelum ini rosak akibat gempa bumi pada 1 Jan, menurut pejabat kementerian tanah.

Di Wajima, pihak bomba memaklumkan empat individu hilang selepas empat rumah rosak akibat ribut.

Sementara itu, sekitar 4,300 rumah di Wajima, 1,100 di Suzu dan 840 di Noto mengalami gangguan bekalan elektrik pada 5 petang, menurut Hokuriku Electric Power Co.

Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran berkaitan cuaca di wilayah Tohoku dan Hokuriku serta menggesa orang ramai berjaga-jaga terhadap tanah runtuh, banjir di kawasan rendah, dan limpahan sungai sehingga Ahad.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan