WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AI XIN, QI SHEN UNGGULI KEJOHANAN PINGPONG MALAYSIA

22/09/2024 04:30 PM

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pemain pingpong negara Tee Ai Xin mengungguli Kejohanan Pingpong Malaysia 2024 dalam acara perseorangan wanita di Kompleks Sukan Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Aksi final menyaksikan Ai Xin yang mewakili negeri Johor mendominasi perlawanan selepas menundukkan rakan senegara dari Sarawak Karen Lyne 11-9, 11-7, 5-11, 11-9, 8-11, 11-6.

Terdahulu, pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham itu menempah slot ke final selepas menewaskan Im Yi Ling dari Wilayah Persekutuan 11-7, 5-11, 11-9, 11-6, 11-5.

Kategori perseorangan lelaki pula menyaksikan wakil Kedah Wong Qi Shen menjadi juara selepas menumbangkan Choong Javen dari Selangor dalam pertarungan tujuh set 4-11, 11-2, 11-9, 10-12, 8-11, 11-7, 11-9.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan