WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA MAUT, LORI LANGGAR BELAKANG TRELER DI SITIAWAN

23/09/2024 09:23 AM

IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa barangan pejabat yang melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (KM) 202 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan, dekat Sitiawan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 3.33 pagi, sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Beliau berkata pemandu dan penumpang lori yang maut dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28.

“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang lori itu tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihak bomba telah mengeluarkan mangsa yang tersepit daripada lori berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada 6.05 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan