WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERDANA MENTERI SRI LANKA LETAK JAWATAN SELEPAS PRESIDEN BAHARU DIPILIH

23/09/2024 04:57 PM

COLOMBO, 23 Sept (Bernama-Xinhua) -- Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.

Dalam surat peletakan jawatannya, Gunawardena menyatakan bahawa dengan pemilihan Dissanayake sebagai presiden eksekutif kesembilan Sri Lanka, beliau meletakkan jawatan selaras dengan Perlembagaan negara.

Gunawardena turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Dissanayake pada Ahad malam, berikutan kemenangan beliau dalam pilihan raya.

"Saya dengan hormatnya mengucapkan tahniah kepada anda kerana dipilih sebagai Presiden Eksekutif Kesembilan Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada 21 September 2024," menurutnya dalam kenyataan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan