WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RIZAB ANTARABANGSA BNM MENINGKAT KEPADA US$117.6 BILION PADA 12 SEPT 2024

23/09/2024 05:19 PM

KUALA LUMPUR, Sept 23 (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada US$116.8 bilion (US$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.

Bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab adalah rizab mata wang asing yang berjumlah US$105.4 bilion, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 billion), emas (US$2.9 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM653.59 bilion merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM554.00 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.57 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.48 bilion),  tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM56.12 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti berjumlah RM653.59 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM210.54 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM151.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM8.65 bilion), deposit lain (RM66.98 bilion), kertas Bank Negara (RM15.69 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain  (RM3.43 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan