WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KONTRAKTOR MAUT REMPUH SEKAWAN LEMBU

23/09/2024 07:28 PM

IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kawanan lembu yang melintas jalan di Kilometer 24 Jalan Ferri, Hutan Melintang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam, lelaki berusia 37 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian leher dan dada.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Supt Mohammad Ali Mohd Jali berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Sabak Bernam ke Hutan Melintang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa gagal mengelak kehadiran lima ekor lembu yang melintas secara tiba-tiba dari laluan kanan ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu turut membabitkan tiga kenderaan lain iaitu sebuah motosikal, kereta dan lori.

“Penunggang motosikal yang berusia 38 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori dan kereta masing-masing berusia 29 serta 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan