WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PIBG SK ABANG ALI HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG HILIR

23/09/2024 08:13 PM

SIBU, 23 Sept (Bernama) -- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali hari ini menyampaikan sumbangan awal wang tunai kepada 10 keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran di Kampung Hilir lewat petang semalam.

Pengerusi PIBG SK Abang Ali Datuk Mohamad Yusnar Matalie berkata pihaknya menyumbangkan RM500 kepada setiap keluarga bagi membantu meringankan beban mereka selepas kehilangan tempat tinggal.

Beliau berkata terdapat 13 murid sekolah berkenaan yang terjejas akibat kebakaran itu.

“Murid-murid tersebut, yang merupakan ahli Koperasi SK Abang Ali, akan menerima bantuan tambahan wang tunai RM200 setiap seorang,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan.

Yusnar berkata pihak PIBG juga akan memberi bantuan pakaian seragam, kasut, beg sekolah dan peralatan alat tulis kepada murid terbabit.

Beliau turut menyeru alumni SK Abang Ali, yang dibina pada 1890, agar menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban dan membolehkan murid terbabit meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.

-- BERNAMA
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan