BERITA TERGEMPAR   PM Anwar ulangi pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Gaza | 
 AM > BERITA

MANGSA TERAKHIR BOT KARAM DI BELAGA DITEMUKAN

19/06/2024 03:34 PM

SIBU, 19 Jun (Bernama) -- Mangsa terakhir insiden bot karam di Jeram Long Menjawah, Belaga, Ahad lepas ditemukan lemas hari ini kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 8.22 pagi memaklumkan mayat Rhuban Apparoo telah ditemukan oleh orang awam.

“Pasukan bomba bergerak ke lokasi mangsa yang berusia 30 tahun ditemukan iaitu di hilir Rh Kejaman Neh Long Liten, sejauh 18 kilometer dari lokasi bot karam dengan menaiki bot pihak polis untuk mengambil mayat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu mayat Rhuban dibawa ke pangkalan bot Belaga dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Selain pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Belaga, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini turut disertai anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak.

Pada Ahad, empat pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan Empangan Bakun dikatakan menyewa sebuah bot yang dikemudi oleh seorang penduduk kampung untuk tujuan bersiar-siar namun kira-kira 4.30 petang, bot itu karam akibat arus deras di Jeram Menjawah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan