DUNIA > BERITA

60 RAKYAT PALESTIN TERKORBAN, ANGKA KORBAN DI GAZA MELEBIHI 37,700

26/06/2024 09:32 PM

ANKARA, 26 Jun (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 60 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 37,718, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Rabu.

Sementara itu, 86,377 lagi cedera dalam serangan terbabit, lapor Agensi Anadolu.

“Tentera Israel membunuh 60 orang dan mencederakan 140 yang lain menerusi empat operasi dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses kawasan itu,” menurut kementerian berkenaan.

Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dengan keputusan terbaharu memerintahkan Tel Aviv segera menghentikan operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah selepas lebih sejuta rakyat Palestin mencari tempat perlindungan sebelum ia diserang pada 6 Mei.

-- BERNAMA-ANADOLU



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan