PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES KE BANGKOK BUAT PENURUNAN KECEMASAN DAN PULANG KE KLIA

24/06/2024 11:29 PM

KUALA LUMPUR,  24 Jun (Bernama) — Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami “isu tekanan” semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL, ia selamat mendarat pada 8:18 malam.

— BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan