BURUH EDAR 300 GRAM METHAMPHETAMINE DIPENJARA 30 TAHUN, 12 SEBATAN

25/06/2024 05:54 PM

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 366.93 gram, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Aduka Muhamad, 40, di akhir kes pembelaan dan mengarahkan hukuman tersebut bermula daripada tarikh tangkapan pada 4 Mei 2021.

Mengikut pertuduhan, Mohd Aduka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Lorong Teja 4, Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga di Marang pada jam 9 malam, 4 Mei 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan  itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan