SPRM NAFI AZAM BAKI TERLIBAT DALAM PENYEBARAN TOMAHAN BABITKAN AGENSI PENGUAT KUASA

02/07/2024 10:28 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyebaran tohmahan membabitkan seorang ketua pengarah sebuah jabatan penguat kuasa kepada beberapa agensi media dan agensi kerajaan dilakukan menerusi e-mel akaun palsu menggunakan nama Azam.

"SPRM menafikan maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan ketua pesuruhjaya dan suruhanjaya ini.

"Oleh itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih atau palsu," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan