AM

KSU KKDW YANG BAHARU MULA TUGAS

03/07/2024 06:13 PM

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang baharu Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar hari ini memulakan tugas secara rasmi.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan Muhd Khair Razman telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Parlimen.

Muhd Khair Razman, 58, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah dilantik memegang jawatan Ketua Setiausaha bagi menggantikan Datuk Seri Ramlan Harun yang bersara wajib pada 30 Mei lepas.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Undang-Undang (Undang-Undang Antarabangsa) dari Southampton University United Kingdom itu memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam di Kementerian Luar Negeri pada 1994, menurut KKDW.

Kenyataan itu menyebut Muhd Khair Razman pernah bertugas di beberapa kementerian dan agensi awam lain antaranya Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perpaduan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki beliau akan dapat memperkasakan kementerian dalam memacu perubahan dan kemajuan pembangunan masyarakat desa berteraskan Aspirasi Desa MADANI,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KKDW merakamkan penghargaan kepada Ramlan atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau dalam memimpin kementerian itu sebelum ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan