PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DIUNJUR DALAM KECENDERUNGAN MENURUN MINGGU DEPAN

22/06/2024 10:23 AM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan disebabkan kebimbangan paras saham yang meningkat, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami menjangkakan julat dagangan antara RM3,800 satu tan metrik dan RM3,950 setan metrik ,” katanya kepada Bernama.

Sebaliknya, Penganalisis Kanan Fastmarkets, Sathia Varqa pula berkata peniaga akan menumpukan pada pengeluaran data pengeluaran Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) 1 hingga 20 Mei untuk petunjuk arah pasaran.

"Prospek pengeluaran yang lebih tinggi boleh memberi tekanan kepada harga jika eksport tidak bertambah baik," katanya.

Bagi asas mingguan kontrak Julai 2024 merosot RM31 kepada RM3,930, Ogos 2024 berkurangan RM35 kepada RM3,911 dan September 2024 susut RM60 kepada RM3,900 satu tan metrik.

Bagi kontrak October 2024 pula, ia jatuh RM69 kepada RM3,892 setan metrik, November 2024 merosot RM71 kepada RM3,898 setan metrik manakala kontrak Disember 2024 pada RM3,914 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 241,271 lot daripada 326,532 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 215,347 kontrak daripada 229,646 kontrak seminggu lepas.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan merosot RM20 kepada RM3,980 satu tan metrik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan