PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI SUSULAN NIAGA HADAPAN SOYA LEBIH KUKUH

20/09/2024 09:31 PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi bagi tiga hari dagangan berturut-turut, dipacu oleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata anggaran eksport minyak sawit yang lebih tinggi turut menaikkan sentimen pasaran.

"Kami melihat paras sokongan pada RM3,880 dan paras rintangan pada RM4,050," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat RM79 kepada RM4,027, November 2024 berkembang RM70 kepada RM3,974 dan penanda aras Disember 2024 melonjak RM71 kepada RM3,947 setan.

Kontrak Januari 2025 menokok RM70 kepada RM3,925, Februari 2025 naik RM74 kepada RM3,907 dan Mac 2025 bertambah RM75 kepada RM3,885 setan.

Jumlah dagangan susut kepada 59,369 lot daripada 148,413 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 254,752 kontrak daripada 262,270 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Oktober Selatan berkembang RM50 kepada RM4,070 setan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan