MUZIUM HUNAN MENGANJURKAN "THE ART OF LIFE - PAMERAN DIGITAL MENGASYIKKAN BUDAYA DINASTI HAN MAWANGDUI"

26/06/2024 04:44 PM

CHANGSHA, China, 26 Jun (Bernama) -- Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 bagi penggalian arkeologi bagi Makam Han di Mawangdui. Muzium Hunan, bersama dengan Perpustakaan Digital China dan pasukan Wang Yuejin, profesor di CAMLab, Universiti Harvard, telah melancarkan "The Art of Life - Pameran Digital Mengasyikkan Budaya Dinasti Han Mawangdui" pada 8 Jun, 2024.

Bertujuan untuk meneroka cara-cara bagi memajukan penyepaduan budaya dan teknologi yang mendalam, pameran itu menggerakkan sumber akademik dari seluruh dunia dan menggunakan teknologi multimedia termaju bagi mempersembahkan warisan kebudayaan bagi Makam Han di Mawangdui di dalam bentuk digital melalui satu pengalaman multimedia teater, dengan menawarkan sekilas pandangan ke dalam intipati tamadun awal dan pencapaian seni China. Pameran itu menyampaikan satu paparan holistik berhubung seni, imaginasi dan pandangan dunia sebagaimana yang dicerminkan oleh budaya Makam Han di Mawangdui dan berusaha untuk mencipta satu paradigma baharu untuk persembahan digital warisan kebudayaan dengan pengaruh global.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan