WILAYAH - SARAWAK > BERITA

8,066 MANGSA BANJIR DI KEDAH SETAKAT 8 MALAM

21/09/2024 09:10 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Seramai 8,066 mangsa banjir ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah setakat 8 malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 4,291 orang, diikuti Pendang (1,483), Kubang Pasu (1,349), Pokok Sena (796) dan Bandar Baharu (147).

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan lima sungai di Kedah berada pada paras bahaya iaitu Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata di Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 27 orang daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Changkat Lobak di Kerian, setakat 8 malam.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan Kolam Air Bukit Merah di Kerian berada pada tahap amaran dengan paras air setinggi 9.08 meter.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan