WILAYAH - SARAWAK > BERITA

10 TINDAKAN PERKONGSIAN XI TUNJUK ARAH STRATEGIK 3 TAHUN AKAN DATANG - PRESIDEN CONGO

23/09/2024 02:59 PM

BEIJING, 23 Sept (Bernama-CMG) -- Ucapan yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024 yang diadakan di Beijing pada awal September amat bererti, kerana dapat menunjukkan arah strategik untuk kita berusaha berama-sama dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui 10 tindakan perkongsian anjurannya mengenai usaha sama China-Afrika dalam menggerakkan modenisasi.

Demikian dinyatakan Presiden Republik Congo (Brazzaville), Sassou Nguesso dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Beijing baru-baru ini.

“Dalam ucapan Xi yang disifatkan sebagai detik sejarah dalam hubungan Afrika-China itu, bidang yang tersentuh melibatkan ekonomi, kewangan, masalah sosial, pertukaran kebudayaan, peningkatan kebersamaan dalam kalangan rakyat serta sains dan teknologi yang inovatif, kesemuanya dibentangkan dalam pelbagai dimensi. Asal sahaja langkah-langah itu dapat dilaksanakan dengan berkesan, kita pasti dapat membuka satu lembaran baharu bagi hubungan Afrika-China.

“Kalau semua projek pembinaan infrastruktur di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan kerjasama dapat dilaksanakan dengan lancar, kita pasti dapat menyaksikan lonjakan besar dicapai dalam pembangunan zon perdagangan bebas di benua Afrika, yang menandakan terbentuknya landskap yang semakin mudah dan bebas dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan antara pelbagai negara Afrika, malah antara negara Afrika dengan pelbagai negara di dunia. Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap prospek ini. Sementara itu, terbentuknya landskap itu juga tidak terlepas daripada rangkaian pengangkutan yang baik, telekomunikasi yang lancar dan bekalan elektrik yang semakin relevan dengan setiap orang,” ujar Sassou Nguesso.

"Melakukan inovasi teknologi menjadi aspirasi bersama bagi rakyat Afrika termasuk Congo. Golongan belia Afrika telah dimobilisasikan secara meluas untuk mengambil bahagian dalam gelombang inovasi di negara masing-masing, dengan ada yang menubuhkan syarikat baharu dan ada yang merintis jalan dalam pelbagai bidang. Ini menandakan Afrika telah mengorak langkah menuju ke arah pembangunan era baharu, iaitu satu kemajuan yang dinanti-nantikan golongan belia di benua itu," tambah beliau.

Untuk rekod, Republik Congo mengambil alih jawatan sebagai negara pengerusi bersama FOCAC bagi pihak Afrika dalam sidang kemuncak berkenaan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan