DUNIA > BERITA

69 PERATUS SEKOLAH TEMPATKAN MEREKA TANPA KEDIAMAN DI GAZA ROSAK AKIBAT SERANGAN ISRAEL - UNRWA

23/06/2024 07:20 PM

BAITULMUQADDIS, 23 Jun (Bernama-WAFA) -- Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) hari ini mendedahkan bahawa 69 peratus bangunan sekolah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi mereka yang tiada tempat tinggal di Gaza telah rosak atau terkena serangan udara Israel.

Dalam kenyataan ringkas yang dipaparkan di laman X, UNRWA menekankan bahawa tiada tempat yang selamat di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Agensi itu mengecam pengabaian ketara terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan