WARGA EMAS MAUT MOTOSIKAL BERGESEL DENGAN TRELER

21/06/2024 09:34 PM

IPOH, 21 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 56 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan hospital Tapah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata laporan diterima sekitar 7.10 pagi dan kemalangan tersebut turut melibatkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, yang membonceng motosikal tersebut.

“Siasatan awal mendapati sebuah treler telah bergesel dengan motosikal yang ditunggang mangsa bersama seorang kanak-kanak.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian, manakala pembonceng turut mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tapah sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Naim berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin ditalian 013-2087919,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan