PASARAN > BERITA

PRESTASI MINYAK SOYA, PERMINTAAN DORONG NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

25/06/2024 10:04 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago dan harga olein sawit Dalian, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh permintaan yang rendah.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,800 satu tan metrik manakala paras rintangan pada RM3,950 satu tan metrik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM susut ke paras terendah dalam tempoh lima minggu berikutan peniaga memberi tumpuan kepada penurunan eksport dan minyak sayuran berkaitan.

“Penurunan itu diburukkan lagi dengan penyusutan minyak sayuran berkaitan di Bursa Komoditi Dalian selain faktor kenaikan ringgit,” katanya.

Sathia berkata eksport Malaysia bagi tempoh 1-25 Jun, 2024, turun sebanyak 16-17 peratus berbanding tempoh sama pada Mei lepas.

“Ini merupakan penurunan yang lebih besar berbanding 8-13 peratus yang dicatatkan pada 1-20 Jun lepas dan mencerminkan usaha eksport untuk mengatasi prestasi kukuh pada Mei, 2024,” katanya.

Sewaktu ditutup, kontrak bulan Julai 2024 susut RM40 kepada RM3,897 satu tan, Ogos 2024 turun RM40 kepada RM3,874 satu tan dan September 2024 berkurangan RM39 kepada RM3,859 satu tan.

Oktober 2024 pula merosot RM36 kepada RM3,852 satu tan, November 2024 turun RM32 kepada RM3,856 satu tan dan Disember 2024 berkurangan RM28 kepada RM3,874 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 65,240 lot daripada 40,082 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka susut kepada 211,517 kontrak daripada 211,737 kontrak, sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan turun RM30 kepada RM3,950 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan