PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TINGGI PADA TENGAH HARI

02/07/2024 03:25 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, sejajar dengan bursa serantau dan prestasi Wall Street semalaman yang positif.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.27 mata atau 0.08 peratus kepada 1,599.47 daripada 1,598.20 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 0.38 mata kepada 1,598.58, bergerak antara 1,595.62 dan 1,602.52 sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 569 berbanding 422 manakala 470 kaunter tidak berubah, 928 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.20 bilion unit bernilai RM1.88 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pihaknya percaya sokongan belian di bursa tempatan akan berterusan dalam sektor teknologi, disokong oleh pemangkin pusat data, AI dan perkhidmatan awan.

Katanya lonjakan mendadak untuk harga komoditi akan menyediakan aktiviti dagangan yang baik dalam sektor tenaga dan perladangan, sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat.

“Selain itu, kami menyarankan sektor terpilih seperti perkapalan, tenaga boleh baharu, bahan binaan, pembungkusan dan pengguna untuk peluang dagangan jangka pendek,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing naik satu sen kepada RM9.98 dan RM4.04, Tenaga Nasional menambah lapan sen kepada RM14.08. CIMB meningkat tiga sen kepada RM6.86 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.30. 

Bagi saham aktif, UUE Holdings naik 41.5 sen kepada 65.5 sen, Hiap Teck menambah tiga sen kepada 47 sen dan ATA IMS meningkat dua sen kepada 52.5 sen. SNS Network dan MYEG, masing-masing merosot setengah sen kepada 83.5 sen dan 99 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.26 mata kepada 12,310.71, Indeks FBMT 100 meningkat 27.04 mata kepada 11,885.39 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.45 mata kepada 12,654.44.

Indeks FBM 70 naik 105.51 mata kepada 18,039.09 dan Indeks FBM ACE meningkat 18.75 mata kepada 5,877.71.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 7.05 mata kepada 977.70, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.66 mata kepada 197.45 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 19.18 mata kepada 17,515.70.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 9.72 mata kepada 7,001.64.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan